Pages

Wednesday, October 20, 2010

darah dan rahsianya

DARAH O
 
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha  untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya  kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga  terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada  diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri  mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A 

Keharmonian dan  keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan  kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan  berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata  mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif,  sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu  tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau  bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan  tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan  juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu,  kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan  kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur  dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan  sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara  kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri  kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok  golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya  sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,  mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan  pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh  menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak  mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu  yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa  menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu  berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor  semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada  satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih  bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain  membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

No comments:

Post a Comment